Monday 14 September 2009

Akhbar Alamak! September 13, 2009

KUALA LUMPUR, 12 September - Dilaporkan seorang remaja yang berusia dalam lingkungan 14 tahun telah kehilangan cermin mata kesayangannya. Remaja tersebut mula menyedari bahawa cermin matanya telah hilang setelah dia dan kakaknya sudah selesai mengemas biliknya yang sudah tiada rupa bilik lagi, sebaliknya sudah menyerupai sebuah sarang tikus. Remaja tersebut sangat memerlukan cermin mata tersebut kerana matanya, rabun! Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan tetapi masih belum berjaya menghampiri sebarang bukti yang dapat membantu. Buat masa kini, si "mangsa" terpaksa meminjam cermin mata milik kakaknya buat sementara waktu. Dia bernasib baik kerana matanya mampu menyesuaikan diri dengan cermin mata kakaknya. Tetapi, ini masih membimbangkannya kerana dia terpaksa menghadiri sekolah. Tambahan pula, Hari Raya Aidilfitri sudah semakin dekat. Bagi sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat, sila hubungi 1-800-cerminmatasayasudahhilang. Sekian.

--BERLAMA.

No comments:

Post a Comment